TAWARAN HEBAT!!

Saturday, August 31, 2013

Peluang Terbaik Untuk Anda Memiliki Aset



Harga emas yang jatuh sejak beberapa bulan ini sebenarnya adalah merupakan peluang terbaik untuk anda membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.
Bagi saya sebenarnya harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada anda untuk menambah aset simpanan emas anda atau kepada pelabur yang baru ingin berjinak-jinak dengan emas inilah masanya
walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
“Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai emas telah kehabisan stok.
“Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa didalam kesusahan. Kerana mereka percaya Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi,”
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini, Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian lama yang menyebabkan ramai yang tidak mampu memilikkinya
“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
“Kini harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Jadi kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W “akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan Perak”..

SETERUSYA http://bit.ly/15h0HoT http://

Buat Pinjaman Beli Emas Berbaloi Ke?



Bagi yang tidak ada Modal nak beli emas, anda boleh cuba sendiri apply mana-mana Bank untuk buat pinjaman.Ini cuma salah satu cara, banyak lagi sebenarnya. Cara ni saya tak galakkan tapi kalau dah tak ada cara lain, inilah alternatifnya.

Anda boleh pergi uruskan sendiri dan jika nak pakai khidmat kami , kos pengurusan RM500 dikenakan walaupun tidak ada jaminan kelulusan. Jadi jika boleh buat sendiri lebih baik buat sendiri.

Salah satunya Bank yang menawarkan pinjaman ialah Kuwait Finance House. Jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dan tempoh sehingga 20 tahun. Ini hanya untuk kakitangan Kerajaan atau badan berkanun.

Anda boleh rujuk di website www.kfh.com.my .

Berikut adalah jadual pinjaman dengan Kuwait Finance :












Ada banyak lagi Bank yang menawarkan pinjaman peribadi. Di Kuwait Finance anda boleh terus hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan 03-2056 7777.

Bila dapat duit pinjaman esok jangan pula buat joli. Beli emas dan dapat income bulan-bulan buat bayar loan dan ambik untung sikit.

Contoh dapat pinjaman RM100,000, beli emas setiap bulan dapat (2.1%) RM2,100. Pinjaman ikat 10 tahun bayar setiap bulan RM1,270. Masih ada untung setiap bulan RM900.

Begitulah seterusnya, dari lebihan untung bulanan emas ni anda boleh bayar duit kereta, rumah,nak overlap personal loan yg lain,bayar kredit kad,gaji pekerja,sewa kedai dan apa saja tanpa gaji terusik dan terjejas.

Bersara Dengan Emas Di Tangan



Post kali adalah khusus untuk bakal-bakal pesara yang sering mengeluh risau-bulan-bulan duit tak masuk lagi sedangkan masih ada yang nak dibayar - perbelanjaan anak-anak di IPT, kenduri kahwin anak-anak (kalau 5 orang blum kahwin sorang RM 30,000 cukup ke duit EPF 200,000), nak kerja dah tak larat.

Kerajaan telahpun mengumumkan umur persaraan adalah 60 tahun. Sebenarnya ia memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Pertama kepada pesara dan kedua kepada Kerajaan sendiri.

Kepada pesara sendiri, mereka dapat mengumpul lebih banyak tabung persaraan mereka selain dari hilang rasa boring bila dah bersara nanti. Bila dah berpuluh tahun pergi ofis atau pergi tempat kerja memang agak sukar nak biasakan diri duduk diam di rumah.

Bagi Kerajaan pula menagguhkan lagi tempoh persaraan bermakna dapat menangguhkan lagi jumlah tabung persaraan yang perlu diagihkan. Negara kita dah lebih 50 tahun merdeka.

Orang yang bekerja dari zaman belum merdeka mula menunggu masa untuk menerima duit persaraan. Kalau ada 100,000 orang yang nak bersara terima seorang RM200,000 bermakna kerajaan akan membayar RM200,000,000,000 untuk orang yang bersara.

Itu topik global. Mari kita fokus pada diri sendiri. Bayangkan bila dah bersara nanti akan terima duit EPF dan kalau kerja pegawai RM200,000 kebanyakannya.
Waktu itu, dah tak ada kerja lagi dan bila dah tak ada kerja dah tak ada income. Kebiasaannya bila bersara sahaja banyak ikan pirana akan datang dekat orang yang bersara.
Waktu itulah ramai kawan-kawan akan ajak join skim cepat kaya, bisnes MLM, saham… Sebab itu banyak kisah-kisah orang yang bersara dapat duit dalam masa sekejap sahaja duit mereka habis.
Kalau tak habis join skim pun, mereka akan gunakan duit untuk keperluan seperti bayar duit rumah yang belum habis lagi pinjaman dengan bank, bayar duit kereta, belanja dapur, pelajaran anak-anak yang waktu itu ramai nak masuk universiti.

RM200,000 waktu sekarang ni memang tak banyak. Ada orang boleh habiskan dalam masa sebulan atau seminggu sahaja. Bila dah tak ada kemasukan bermakna hanya yang ada keluar sahaja.
Cadangan membeli emas adalah yang terbaik. Tak rugi sebab emas pegang dalam tangan. Jika emas beli RM200,000 bermakna nilai duitnya sudah menjadi dalam bentuk fizikal emas.
Nak jual emas pun senang berbanding jual tanah. Tambahan pula dengan menukar simpanan menjadi emas ini, setiap bulan ada kemasukan income.

Jika beli emas RM200,000 ikut harga sekarang boleh dapat sekilo. Setiap bulan kalau ada promosi hibah boleh dapat setiap bulan RM5,000.
Walaupun dah bersara, masih ada lagi kemasukan setiap bulan RM5,000. Mungkin lagi besar dari gaji masuk masa kerja. Sebab kalau gaji dulu masa bekerja RM5,000 duit EPF sepatutnya ada RM1 juta dan lebih.
Paling selesa ialah dengan ada sekilogram emas untuk bersara. Sebab itulah dinamakan warga emas. Sepatutnya memang ada emas dan paling baik buat duit dari emas .

Nak bagi alasan takut atau tak percaya ? Tak mengapa sebab dah ramai yang beli emas tak perlu tunggu usia pencen atau bersara. Dan ramai yang dah beli lebih sekilo emas dan bayangkan bila ada 5 kilo emas, setiap bulan RM25,000 duit persaraan.

Kalau dah dapat RM25,000 setiap bulan, dalam masa 4 tahun dapat sama banyak dengan duit persaraan yang diterima. Saat persaraan itulah yang patut digunakan untuk melihat dunia dan melancong makan angin tanpa perlu risau duit tabung persaraan susut.

Cara Buat Duit Dengan Blog



Buat Duit Dengan Blog bukanlah satu topik yang asing bagi ramai orang, malah ramai blogger yang mampu menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka hanya dengan blogging dari bilik tidur mahupun bilik asrama sahaja.

Saya sendiri pun berblogging secara sambil-sambilan sahaja dan kadang-kadang semasa waktu lapang dan waktu rehat di tempat kerja hehehe… Mungkin ramai yang tanya dari mana punca pendapatan seorang blogger ni? Bagi orang yang baru dalam arena blogging ni memang perkara itu lah yang pertama sekali ditanya. Tetapi bagi orang yang sudah biasa dengan blog, mereka pasti tahu.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara nak “Buat Duit Dengan Blog” ni antaranya ialah:

1. Buat blog & jual

Mungkin cara ini adalah cara paling mudah kerana anda tidak perlu menunggu lama untuk menjana pendapatan. Hanya siapkan sebuah blog yang lengkap kemudian terus jualkannya di forum-forum internet atau di portal website flipping. Cuma pastikan blog yang anda siapkan itu mantap dari segi kandungannya dan “niche” yang hanyat di pasaran.

2. Buat blog & sewa ruangan iklan

Cara ini memang sering digunakan oleh blogger-blogger tegar. Mereka menyediakan ruang iklan di beberapa sudut blog mereka dan sewakannya kepada pengiklan-pengiklan yang berminat. Bagi sebuah blog yang popular, pengiklan akan cari bloggers, apa perlu bloggers buat ialah cuma tarik traffic sahaja…

3. Buat blog & monitize

Jika anda tidak tahu apa itu monitize, ia merupakan teknik dimana bloggers hanya perlu buat blog dan pasangkan code iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tampatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan akan terpapar berdasarkan bid tertinggi dari pengiklan-pengiklan. Terdapat pelbagai pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. Yang paling diketahui ramai adalah Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan banyak lagi lah…

Jika anda mahu tahu labih banyak teknik-teknik buat duit dengan blog ini, saya boleh kongsikan dengan anda. Saya tidaklah begitu hebat berblogging, tapi jika anda mahukan tunjuk ajar serba sedikit dari saya maka saya alu-alukan. Saya sediakan untuk anda yang rajin belajar sahaja untuk daftar bersama-sama saya tentang tips blogging saya ini. Saya sediakan percuma sahaja, tapi dengan syarat mestilah rajin belajar hehehe… Jemput lah ye… ;-)

Friday, August 30, 2013

Cara Register dan buat duit dengan ChurpChurp


Sesiapa Sahaja Boleh Membuat duit dengan CHURPCHURP



Menarik kan? So, let’s gooo!

CARA NAK DAFTAR CHURP-CHURP
1) Pastikan korang telah LOG IN Facebook korang tu dulu.
2) Korang CLICK SINI dulu untuk mendaftar.
3) Next step, just refer this pictures :

i) Korang akan dapat page macam ni kan? So, tekan START HERE.

Tekanlah SIGN IN WITH FACEBOOK ^_^

ii) Kalau keluar macam ni pulak, korang LOG IN WITH FACEBOOK.

iii) CLICK ALLOW.

iv) Korang akan di-directedkan ke page macam ni kan? So, tekanlah CONNECT WITH YOUR FACEBOOK ACCOUNT.

v) Click AUTHORIZE WITH TWITTER pulak. Kalau takda Twitter, just click SKIP :)
vi) Okay, bahagian maklumat ni kena isi dengan betul-betul. Jangan tick kotak yang Linamerahkan tu jika anda beragama Islam.
vii) Oh yes, jangan lupa letak nama korang kat URL tu ye :) And then, TICK kotak-kotak tu dan I UNDERSTAND…….. and CLICK lah UPDATED!

viii) Bacalah ape yang patut dan cuba fahamkan. And then, clickI’VE READ THE BRIEF.
Taraaa, dah jadi pun korang buat akaun Churp-churp ni. Tahniah! :) Jelajah la ye mana yang patut untuk diisi.

Apakah Mutu Barang Kemas Anda?



Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.
Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?
Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.
Standard Emas Malaysia
999 – 24K
950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K
Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah
1) Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas
* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).
Tanda Mutu bagi Negara Eropah
Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas
Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas ?
Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.
Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.
Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.
Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.
Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.
Kandungan Emas Dalam Barang Kemas 
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.
Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.
Jadi, Apa yang Harus Anda Beli? 
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

SETERUSNYA http://bit.ly/15h0HoT
http://

Emas Palsu Atau Tulen



Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa. Yup, antara tips ringkas terbaik untuk mengelakkan diri daripada tertipu. Penting buat semua untuk baca sehingga habis.
1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.
2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.
3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.
4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)
5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.
6. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.
7. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.
8. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.
9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)
10. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
Kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
11. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)
12. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Memang ada aura.

SETERUSYA http://bit.ly/15h0HoT
http://

Asas Berkenaan Emas


Untuk pembaca yang baru ingin mengenali@berjinak-jinak dalam dunia emas, disini saya ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas. kenapa saya memilih menyimpan emas bukan wang tunai. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan
Sekarang kita kupas lebih lanjut macam mana ingin bermula. tapi sebelum itu, saya ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:
1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank dll)
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
Di Malaysia, terdapat beberapa institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank seperti RHB.

Emas Menguntungkan atau Merugikan ?



Kebelakangan ini harga emas jatuh, jadi kalau anda kebetulan sangat memerlukan wang dan perlu menjual emas yang dibeli 6 bulan lepas, pasti anda akan kerugian. Lalu pengalaman rugi ini disampaikan dari mulut ke mulut, aku beli emas tak untung pun. Rugi lagi ada.
Saya selalu menekankan bahawa pelaburan emas dan perak adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Tiada pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek kecuali skim piramid yang bersifat ‘head hunting’. Skim piramid tak boleh bertahan lama, sama ada ‘crashed’ atau diserbu pihak berkuasa. Untuk melabur, pastikan wang yang dilaburkan itu tidak akan diperlukan untuk jangka masa 2-5 tahun. Supaya anda tidak terdesak. Sebelum melabur, penuhkan dulu tabung simpanan untuk perbelanjaan hidup 3-6 bulan. Kemudian baru fikirkan ke mana mahu dilaburkan wang lebihan itu. Sebelum melabur, kita perlu memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Walaupun prestasi sebelum ini bukan jaminan kepada prestasi akan datang, kita masih boleh menjangkakan prestasi akan datang berdasarkan ‘past performance’.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin melabur dalam emas prestasi emas selama sebulan (Graf 1) adalah tidak bagus. Sebulan yang lalu harganya mahal, sekarang sudah menjunam. Rugi bukan?
Graf 2 juga menunjukkan trend yang sama. Harga terjun gaung! Kecewa nampaknya kerana kilauan emas nampaknya tidak seperti yang digembar-gemburkan.
Apa keputusan anda, masih mahu melabur atau beralih ke pelaburan lain?
Lihat pula graf 3, prestasi emas untuk jangka masa setahun. Masih tidak meyakinkan. Nampaknya sinaran emas hanyalah gebang kedai kopi sahaja. Betulkah? Bandingkan dengan graf 4 disebelahnya. kenapa trend tiba-tiba seperti linear sahaja? Graf 4 adalah petunjuk prestasi emas selama 10 tahun. Sepanjang 10 tahun itu, ada puncak dan ada curam. Namun trend yang tetap adalah harganya sentiasa meningkat. Adalah sukar untuk harga hari ini jatuh sehingga harga 10 tahun lepas. Nah, apa kata anda?

Kenapa Harga Emas Jatuh?




Sekarang adalah masa yang teramat sesuai untuk melabur semua yang anda ada menjadi pelaburan emas. Harga emas sudah jatuh daripada RM200 segram terus jadi RM130-RM140 segram!
Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham tentang bagaimana harga ditentukan.
Harga emas akan berubah 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, setiap hari. Ini juga mempengaruhi beberapa sebab dan kesan-kesannya, yakni kesan dari permintaan dan bekalan emas. Harga emas sebenarnya ditetapkan oleh Penetapan Emas (Gold Fixing). Juga dikenali sebagai Penetapan Emas London, ia adalah satu mesyuarat lima anggota Pool Gold London dijalankan dua kali sehari melalui telefon, pada 10:30 GMT dan 15:00 GMT.
Penetapan Emas secara meluas diiktiraf sebagai penanda aras yang digunakan untuk emas harga dan produk emas di seluruh dunia. Kesan daripada negara Cyprus menjual emas boleh menjadi pemangkin besar dalam permainan ini. Mereka telah menjual berbilion-bilion dolar dalam emas. Ini baru sahaja menjadi berita baru-baru dari bank pusat di Cyprus, untuk menampung kerugian mereka. Kesannya mungkin telah menyebabkan emas jatuh sekarang. Inilah sebabnya anda wajib membaca berita!
Banyak lagi faktor yang akan kami rungkaikan dalam artikel kali ini. Ramai penganalisis dan amatur sedang mengeluarkan pelbagai teori mereka tentang apa yang menyebabkan kejatuhan harga ini.
Berikut adalah antara potensi bagi harga emas menurun:
Permintaan dan pembekalan.
Contoh ‘bekalan dan permintaan emas’ ini secara asasnya:
Penawaran > Permintaan = Harga Emas jatuh
Penawaran < Permintaan = Harga Emas naik
Selain itu, harga emas adalah berlawanan dengan keadaan nilai matawang dolar Amerika. Apabila dolar meningkat, harga emas jatuh dan begitulah sebaliknya.
Berikut di bawah, kami akan dedahkan mengapa penawaran dan permintaan ini boleh menjadi faktor penurunan harga emas.
1. Kaitan dengan dolar
Pertama ialah keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula. Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan. Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.
2. Keadaan ekonomi global
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat. Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak. Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Jadi, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.
3. Penjualan emas di Cyprus
Pada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas. Tetapi pada Februari 2013 yang lalu, nilai rizab (simpanan) berjumlah hanya kira-kira 550 juta Euro. Ada juga sumber -sumber lain yang menyatakan kejadian di Cyprus adalah telah dirancang dan pasaran masa hadapan dimanipulasi. Penjelasan selain dari yang ini adalah penjualan emas yang dibuat oleh pelabur yang lain juga merupakan rantaian reaksi sesama para pelabur emas itu sendiri, pelabur yang sedang kerisauan, dan mula menjual emas-emas mereka. Bukan sahaja di Cyprus, negara-negara yang lain juga seperti Amerika dan negara di sekitar Eropah telah mula menjual emas kerana mampu membaik pulih ramalan ekonomi di negara itu sendiri.
4. Pengumuman FED dan kejatuhan harga aset
Rizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif.
5. Tindakan para pelabur emas
Segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh pelabur emas juga boleh mempengaruhi penurunan harga emas. Para pelabur jangka pendek yang giat aktif dan cepat panik bertindak menjual emas mereka selepas mengetahui Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013 baru-baru ini. Ada juga para pelabur yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai matawang semasa dari terus jatuh merudum.

Jadi sekianlah sudah pendedahan dari kami tentang soalan cepumas ini. Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang berpotensi menjatuhkan harga emas ini, tetapi seperti yang kami katakan tadi, ‘logik akal’ memainkan peranan kuat dalam penentuan harga ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam perjalanan pelaburan emas anda.

Apa itu Churp Churp



Klik CHURPCHURP untuk mendaftar ;p


Rasanya ramai ada account Churp Churp sendiri right? Aku juga tak ketinggalan nak ada account Churp Churp.Sambil blogging sambil dapat duit.Entri kali ini khas untuk blogger yang kurang paham bagaimana mahu jana pendapatan dengan Churp Churp.Bagi yang tak tahu apa itu Churp Churp, jom teruskan membaca dan jangan skip okay.Apa itu Churp Churp ?


Churp Churp ialah sebuah media pengiklan yang bergerak atas platform social networking.KiraChurp Churp ni lebih kurang macam Nuffnang la.Hanya dua platform yang digunakan iaitu Facebook dan Twitter.Aku pasti semua ada account Facebook dan Twitter kan? Dari korang buang masa online tak tentu hala, lebih baik korang daftar Churp Churp sambil jana pendapatan kan lagi bagus?


Untuk pengetahuan korang, Churp Churp adalah anak syarikat kepada Nuffnang.Semua blogger kenal Nuffnang kan? Tapi yang membezakan Churp Churp dengan Nuffnang ialahChurp Churp tak perlu letak iklan dalam blog seperti Nuffnang.Korang hanya perlu share kempen di Facebook atau Twitter.Mudah kan? Nak tahu lebih lanjut? Cepat baca, jangan skip.hehehe


Kalau nak daftar boleh klik SINI.Alamak? Tak tahu cara nak mendaftar Churp Churp? Jangan risau, nantikan tutorial akan datang okay.Yang penting korang kena tahu basic Churp Churpni untuk memudahkan korang buat side income.Setelah mendaftar, korang akan diminta untuk activate Facebook dan Twitter korang.Kalau nak activate salah satu laman sosial pun takpe.


Benda basic yang korang perlu tahu lagi ialah di mana kita perlu share kempen di Facebook dan Twitter.Kira macam Nuffnang la.Makin ramai orang click iklan tu, makin banyak income.Tetapi awas, korang tak boleh spam link Churp Churp. Sebelum korang tweet dan post iklan tu, Churp Churp akan semak dan approve. Semakin ramai friends atau follower yang ada dalam Twitter dan Facebook, semakin tinggi rate pembayaran.


Cara Churp Churp buat keje, hehehe ;p


Harap-harap korang paham entri pengenalan Churp Churp ni lagi-lagi blogger baru.Churp Churp ni bagus, earning cepat je naik.Tapi kena usaha la share kempen, menabung sehari RM0.20 - RM0.40 per klik.Kalau dah 100 orang klik dah berapa dah? Kena rajin dan alert dengan kempen yang nak di share.Bak kata pepatah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".Ye dak? hehehe

Jom ramai-ramai SIGN UP Churp Churp. <------ klik jangan tak klik ;p 

Buat Duit Dengan Churp Churp

Cara share link iklan di laman sosial

Hari ni, saya nak kongsikan cara-cara untuk share link iklan di Facebook dan twitter.. 
Bagi yang belum mendaftar churpchurp, boleh click sini.


1. Anda perlu login Churpchurp terlebih dahulu. Kemudian click pada DashboardChurpChurp anda. Cuba lihat jika ada iklan yang anda boleh kongsikan dengan kawan-kawan. 
Jika ada, click perkataan Teruskan berkongsi seperti gambar di bawah.

Beginilah rupa iklan yang perlu anda kongsi. 

2. Kemudian, anda diberi button untuk berkongsikan iklan tersebut. 
Bolehlah pilih mana-mana cara yang anda suka :)


Teruskan membaca entri ini untuk mengetahui bagaimana cara nak share iklan Churpchurpdi Facebook dan Twitter.

Cara Nak Share Iklan ChurpChurp Di Facebook

1. Click pada button facebook. Sekiranya anda belum login facebook, 
pop-up window akan keluar supaya anda berbuat demikian..

2. Setelah login, akan keluar pop-up window seperti gambar di bawah. 
Anda boleh taip apa saja di bahagian ruangan status dan kemudian click perkataankongsi.  


3. Siap! Cuba lihat wall facebook anda. Iklan tersebut secara automatik akan ada di wall anda.


Cara Nak Share Iklan ChurpChurp Di Twitter


1. 

etelah login akan keluar pop-up window seperti gambar di bawah dan kemudian anda kena click perkataan Tweet.


* Status tweet tu anda boleh ubah dengan ayat anda sendiri dan tinggalkan saja link yang ada (seperti gambar di atas). Bagaimana cara nak ubah status? Boleh terus taip di twitter atau dashboard churpchurp :



3. Siap! Iklan tersebut akan keluar di status twitter anda.


* Sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen entri ini. Selamat mencuba!