Post kali adalah khusus untuk bakal-bakal pesara yang sering mengeluh risau-bulan-bulan duit tak masuk lagi sedangkan masih ada yang nak dibayar - perbelanjaan anak-anak di IPT, kenduri kahwin anak-anak (kalau 5 orang blum kahwin sorang RM 30,000 cukup ke duit EPF 200,000), nak kerja dah tak larat.
Kerajaan telahpun mengumumkan umur persaraan adalah 60 tahun. Sebenarnya ia memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Pertama kepada pesara dan kedua kepada Kerajaan sendiri.
Kepada pesara sendiri, mereka dapat mengumpul lebih banyak tabung persaraan mereka selain dari hilang rasa boring bila dah bersara nanti. Bila dah berpuluh tahun pergi ofis atau pergi tempat kerja memang agak sukar nak biasakan diri duduk diam di rumah.
Bagi Kerajaan pula menagguhkan lagi tempoh persaraan bermakna dapat menangguhkan lagi jumlah tabung persaraan yang perlu diagihkan. Negara kita dah lebih 50 tahun merdeka.
Orang yang bekerja dari zaman belum merdeka mula menunggu masa untuk menerima duit persaraan. Kalau ada 100,000 orang yang nak bersara terima seorang RM200,000 bermakna kerajaan akan membayar RM200,000,000,000 untuk orang yang bersara.
Itu topik global. Mari kita fokus pada diri sendiri. Bayangkan bila dah bersara nanti akan terima duit EPF dan kalau kerja pegawai RM200,000 kebanyakannya.
Waktu itu, dah tak ada kerja lagi dan bila dah tak ada kerja dah tak ada income. Kebiasaannya bila bersara sahaja banyak ikan pirana akan datang dekat orang yang bersara.
Waktu itulah ramai kawan-kawan akan ajak join skim cepat kaya, bisnes MLM, saham… Sebab itu banyak kisah-kisah orang yang bersara dapat duit dalam masa sekejap sahaja duit mereka habis.
Kalau tak habis join skim pun, mereka akan gunakan duit untuk keperluan seperti bayar duit rumah yang belum habis lagi pinjaman dengan bank, bayar duit kereta, belanja dapur, pelajaran anak-anak yang waktu itu ramai nak masuk universiti.
RM200,000 waktu sekarang ni memang tak banyak. Ada orang boleh habiskan dalam masa sebulan atau seminggu sahaja. Bila dah tak ada kemasukan bermakna hanya yang ada keluar sahaja.
Cadangan membeli emas adalah yang terbaik. Tak rugi sebab emas pegang dalam tangan. Jika emas beli RM200,000 bermakna nilai duitnya sudah menjadi dalam bentuk fizikal emas.
Nak jual emas pun senang berbanding jual tanah. Tambahan pula dengan menukar simpanan menjadi emas ini, setiap bulan ada kemasukan income.
Jika beli emas RM200,000 ikut harga sekarang boleh dapat sekilo. Setiap bulan kalau ada promosi hibah boleh dapat setiap bulan RM5,000.
Walaupun dah bersara, masih ada lagi kemasukan setiap bulan RM5,000. Mungkin lagi besar dari gaji masuk masa kerja. Sebab kalau gaji dulu masa bekerja RM5,000 duit EPF sepatutnya ada RM1 juta dan lebih.
Paling selesa ialah dengan ada sekilogram emas untuk bersara. Sebab itulah dinamakan warga emas. Sepatutnya memang ada emas dan paling baik buat duit dari emas .
Nak bagi alasan takut atau tak percaya ? Tak mengapa sebab dah ramai yang beli emas tak perlu tunggu usia pencen atau bersara. Dan ramai yang dah beli lebih sekilo emas dan bayangkan bila ada 5 kilo emas, setiap bulan RM25,000 duit persaraan.
Kalau dah dapat RM25,000 setiap bulan, dalam masa 4 tahun dapat sama banyak dengan duit persaraan yang diterima. Saat persaraan itulah yang patut digunakan untuk melihat dunia dan melancong makan angin tanpa perlu risau duit tabung persaraan susut.
SETERUSYA http://bit.ly/15s52ol
No comments:
Post a Comment